Kentut Faraj
Rawatan Kentut Faraj
Rawatan khusus untuk meningkatkan ketegangan dan keanjalan di bahagian intim, terutamanya selepas mengandung, bersalin, atau akibat peningkatan usia.

Featured in

Apa itu Kentut Faraj?

Kentut faraj atau vagina adalah satu keadaan apabila terdapat udara yang terperangkap di dalam faraj. Ia menghasilkan bunyi yang hampir sama dengan membuang angin melalui dubur tetapi tidak mempunyai sebarang bau. Walaupun situasi ini memalukan namun keadaan ini dianggap normal tanpa menimbulkan sebarang risiko kesihatan.
Perlu diketahui, faraj adalah elastik serta fleksibel dan mempunyai ruang terisi oleh udara di dalamnya. Ianya boleh mengembang dan mengencup kerana ianya terbentuk daripada otot.
Kenapa Kentut Faraj Terjadi?

- Hubungan seksual (posisi yang tidak betul).
- Memasukkan sesuatu ke dalam faraj seperti penis, jari, tampon, douche atau bahan lain.
- Bersenam.
- Mengandung atau menopause.
- Pernah melahirkan anak.
- Batuk yang kuat.
- Prosedur kesihatan seperti kolonoskopi atau melakukan pemeriksaan dengan memasukkan speculum.
Rawatan Kentut Faraj

Siapa yang boleh mendapat manfaat dari rawatan ini?
- Wanita yang mengalami penurunan rasa dan rangsangan semasa persetubuhan.
- Wanita dengan celahan faraj terbuka.
- Wanita yang menyedari bahawa tampon biasanya mudah terkeluar atau semasa persetubuhan, pasangannya mudah tergelincir.
- Wanita dengan faraj yang mengeluarkan bunyi “seperti gas” semasa persetubuhan atau ketika berjalan.
- Wanita yang tidak berpuas hati dengan penampilan labia kerana kulit kendur.
- Wanita yang mengalami kekeringan faraj, kekurangan kelembapan atau kesakitan semasa melakukan persetubuhan.
- Wanita yang kerap mengalami rasa gatal atau panas pada vulva.
- Wanita yang lemah kawalan pundi kencing, terutama semasa batuk, bersin atau ketawa.
- Wanita yang ingin memperbaiki paras dan rasa vulva dan faraj selepas bersalin.
Rawatan Kentut Faraj
(FemiVa Tight)

Rawatan pengetatan faraj melibatkan penyisipan probe kecil ke saluran vagina.
Tenaga termal yang dihasilkan oleh Laser atau Frekuensi Radio akan dipancarkan dari probe dan dengan lembut mensasarkan lapisan paling luar tisu vagina yang dikenali sebagai mukosa dan menembusi jauh ke dalam dermis untuk merangsang serat kolagen dan elastin.
Sesi akan dikendalikan oleh doktor kami, Dr Ain atau Dr Farizah.
Tidak Invasif
Rawatan ini tanpa pembedahan dan tanpa rasa sakit untuk merawat vagina yang longgar.
Berapa banyak sesi yang saya perlukan?
Keperluan sesi rawatan bergantung kepada setiap individu dan tahap kelembutan kulit. Secara amnya, 4 sesi disyorkan.
Selamat
FDA-Cleared dan Diuji secara klinikal di seluruh dunia.
Berapa lamakah prosedurnya?
Setiap sesi rawatan mengambil masa lebih kurang 20 minit.
Tanpa kesan selepas rawatan
You may continue with normal daily activities and sexual activity without discomfort.
Boleh dipercayai
Dalam beberapa minggu, akan terjadi pembentukan semula kolagen dan pengurangan ukuran saluran faraj.
Rawatan Kentut Faraj (FemiVa Pelvic Care)

FemiVa Pelvic Care dengan BTL EMSELLA menggunakan teknologi High-Intensity Focused Electromagnetic (HIFEM®) untuk menyebabkan rangsangan mendalam pada otot lantai pelvis dan pemulihan kawalan neuromuskular. Matlamat rangsangan otot lantai pelvis adalah untuk menguatkan pundi kencing dan otot lantai pelvis yang lemah.
Rawatan
Keberkesanan utama adalah berdasarkan tenaga focus elektromagnetik, penembusan mendalam dan rangsangan seluruh kawasan lantai pelvis. Satu sesi BTL EMSELLA memberikan beribu-ribu supramaximal kontraksi pada otot lantai pelvis (bersamaan dengan 11,000 latihan kegel), yang sangat penting dalam memperbaiki otot pundi kencing yang lemah dan pesakit tombong.
Penjagaan Pelvis
Oleh kerana setiap keadaan individu itu unik, penilaian diperlukan sebelum rawatan. Hasil penilaian akan memastikan pesakit mendapat manfaat daripada rawatan ini. Protokol rawatan BTL EMSELLA akan disesuaikan mengikut penilaian untuk memenuhi keperluan setiap individu.
Calon yang sesuai
Rawatan BTL EMSELLA adalah pilihan terbaik bagi wanita dari semua peringkat usia yang menginginkan penyelesaian untuk masalah pundi kencing lemah dan tombong.
Jangka masa rawatan
Setiap sesi rawatan memerlukan masa sekitar 30 minit dan anda memerlukan sekitar 4-6 sesi.
Sensasi
Anda akan rasa seperti kesemutan & kontraksi otot lantai pelvis semasa prosedur. Boleh meneruskan aktiviti harian sejurus selepas rawatan.
#realpatientsrealresults


Oleh kerana semua orang bertanya kepada saya tentang rawatan Emsella, izinkan saya berkongsi ini
dengan anda. Semalam saya melakukan rawatan Emsella dan LVR (rawatan laser untuk mengetatkan
faraj) dan saya boleh katakan bahawa saya sangat gembira dengan hasilnya.
Secara jujur, dengan hanya satu sesi saya sudah dapat melihat perbezaanya.
Rawatan Emsella hanya mengambil masa selama 28 minit bersamaan dengan 11,000 senaman kagel. Ya 11,000! Percayalah tidak mudah untuk melakukan 10 kali senaman kagel dengan cara yang betul apatah lagi 11,000 terutamanya untuk wanita yang sudah melahirkan beberapa kali, pasti otot lantai pelvis akan lemah.
Banyak yang saya pelajari semalam mengenai masalah dan kepentingan yang berkaitan dengan otot lantai pelvis.
Saya diberi penjelasan secara menyeluruh dari otot lantai pelvis sehingga punci kencing yang boleh menyebabkan lemah kawalan kencing, kawasan faraj untuk seksual (sangat penting untuk wanita selepas beberapa kali bersalin secara normal) dan rectum. Untuk hasil yang lebih baik saya melakukan rawatan LVR.
Episod 7. Atrofi Faraj Dengan Dr.Deanna.
Dalam episod terkini Alainn Clinic Podcast, Dr Deanna menerangkan dengan terperinci tentang atrofi faraj, satu masalah yang sering dihadapi oleh wanita tetapi sering kali menjadi topik tabu. Anda akan memahami gejala-gejala yang berkaitan dengan atrofi faraj, faktor-faktor penyebabnya, dan pelbagai rawatan yang tersedia untuk membantu mengatasinya.
#realpatientsrealresults

Tujuan LVR adalah untuk mengelakan kelonggaran faraj, meningkatkan kepuasan seksual, mengelakan kentut faraj dan vaginal canal yang terbuka dan kurang menarik. Saya gembira kerana saya dapat merasakan perbezaannya dan hasil dari rawatan mengetatkan faraj, saya boleh melakukan senaman kagel dengan lebih baik.
Ia adalah keputusan terbaik yang pernah saya lakukan untuk diri sendiri dan saya tidak malu untuk berkongsi terutamanya kepada ibu ibu yang melalui banyak kelahiran secara normal. Anda akan merasa lebih yakin pada diri anda.
Mari kita akui ramai wanita sering mengabaikan mahkota mereka dan memikirkan bahawa ia tidak penting kerana ia tersembunyi. Rawatan ini mesti dilakukan untuk melindungi dan menjaga mahkota kita.
Percayalah tiada apa yang lebih baik jika dengan memiliki wajah yang cantik tetapi mahkota kurang menarik. Anda boleh merasakan perbezaannya dengan satu sesi tetapi untuk hasil yang lebih baik ia bergantung kepada setiap individu, beberapa rawatan perlu dilakukan untuk hasil yang lebih baik.
Bagi saya, kedua dua rawatn diperlukan untuk hasil yang optimum., rawatan Emsella dan LVR adalah untuk wanita meningkatkan kepuasan seksual untuk diri dan pasangan.
Sila layari laman web untuk mengetahui lebih lanjut tentang rawatan Femiva di @alainnclinic (sebut sebagai Aw-lin) dan mendapatkan perundingan anda sekarang. Mesin ini adalah yang pertama digunakan untuk rawatan ini di Malaysia. 👏🏻
#alainnclinic #btlemsella #femivabyalainn #realpatientsrealresults

#realpatientsrealresults

Oleh kerana semua orang bertanya kepada saya tentang rawatan Emsella, izinkan saya berkongsi ini dengan anda. Semalam saya melakukan rawatan Emsella dan LVR (rawatan laser untuk mengetatkan faraj) dan saya boleh katakan bahawa saya sangat gembira dengan hasilnya.
Secara jujur, dengan hanya satu sesi saya sudah dapat melihat perbezaanya.
Rawatan Emsella hanya mengambil masa selama 28 minit bersamaan dengan 11,000 senaman kagel. Ya 11,000! Percayalah tidak mudah untuk melakukan 10 kali senaman kagel dengan cara yang betul apatah lagi 11,000 terutamanya untuk wanita yang sudah melahirkan beberapa kali, pasti otot lantai pelvis akan lemah.
Banyak yang saya pelajari semalam mengenai masalah dan kepentingan yang berkaitan dengan otot lantai pelvis.
Saya diberi penjelasan secara menyeluruh dari otot lantai pelvis sehingga punci kencing yang boleh menyebabkan lemah kawalan kencing, kawasan faraj untuk seksual (sangat penting untuk wanita selepas beberapa kali bersalin secara normal) dan rectum. Untuk hasil yang lebih baik saya melakukan rawatan LVR.
Tujuan LVR adalah untuk mengelakan kelonggaran faraj, meningkatkan kepuasan seksual, mengelakan kentut faraj dan vaginal canal yang terbuka dan kurang menarik. Saya gembira kerana saya dapat merasakan perbezaannya dan hasil dari rawatan mengetatkan faraj, saya boleh melakukan senaman kagel dengan lebih baik.
Ia adalah keputusan terbaik yang pernah saya lakukan untuk diri sendiri dan saya tidak malu untuk berkongsi terutamanya kepada ibu ibu yang melalui banyak kelahiran secara normal. Anda akan merasa lebih yakin pada diri anda.
Mari kita akui ramai wanita sering mengabaikan mahkota mereka dan memikirkan bahawa ia tidak penting kerana ia tersembunyi. Rawatan ini mesti dilakukan untuk melindungi dan menjaga mahkota kita.
Percayalah tiada apa yang lebih baik jika dengan memiliki wajah yang cantik tetapi mahkota kurang menarik. Anda boleh merasakan perbezaannya dengan satu sesi tetapi untuk hasil yang lebih baik ia bergantung kepada setiap individu, beberapa rawatan perlu dilakukan untuk hasil yang lebih baik.
Bagi saya, kedua dua rawatn diperlukan untuk hasil yang optimum., rawatan Emsella dan LVR adalah untuk wanita meningkatkan kepuasan seksual untuk diri dan pasangan.
Sila layari laman web untuk mengetahui lebih lanjut tentang rawatan Femiva di @alainnclinic (sebut sebagai Aw-lin) dan mendapatkan perundingan anda sekarang. Mesin ini adalah yang pertama digunakan untuk rawatan ini di Malaysia. 👏🏻
#alainnclinic #btlemsella #femivabyalainn #realpatientsrealresults
Episod 7. Atrofi Faraj Dengan Dr.Deanna.
Dalam episod terkini Alainn Clinic Podcast, Dr Deanna menerangkan dengan terperinci tentang atrofi faraj, satu masalah yang sering dihadapi oleh wanita tetapi sering kali menjadi topik tabu. Anda akan memahami gejala-gejala yang berkaitan dengan atrofi faraj, faktor-faktor penyebabnya, dan pelbagai rawatan yang tersedia untuk membantu mengatasinya.
Visit Us
Alainn Clinic
G-6 Infinity Tower
28 Jalan SS6/3
Kelana Jaya
47301 Petaling Jaya
OPENING HOURS
Mon – Sat: 9.30am – 6pm
Alainn Clinic
G-1-A The Icon
1 Jalan 1/68F
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
OPENING HOURS
Mon – Sat: 9.30am – 6pm